Khamis, 3 September 2009

BERTADARUS DI SURAU SUSGT

Seperti biasa amalan bertadarus secara berkumpulan di bulan ramadhan diteruskan di sekolah ugama sungai tali lumut, setiap kumpulan di bimbing bacaannya oleh seorang guru.

Jumaat, 12 Jun 2009

SUKAN RIA SEKOLAH UGAMA SG TALI LUMUT

Pada 10hb Jun 2009, Rabu. Sekolah Ugama Sg Tali Lumut mengadakan Sukan Ria. Kumpulan sukan dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Setiap rumah diketuai oleh seorang guru. sukan bermula pada jam 2.00 ptg dan berakhir pada jam 4.45 ptg.

Rabu, 6 Mei 2009

MURID SUSGT MENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG BRUNEI LNG




06hb Mei 2009 Rabu, berlangsungnya anugerah pelajar cemerlang Brunei LNG, 5 Orang pelajar dari SUSGT yang mendapat markah terbaik dalam peperiksaan akhir tahun 2008 menerima anugerah tersebut. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Menengah PAP Hjh Rashidah Sa'adatul Bolkiah Lumut, Tetamu kehormat di Majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Belait. Hadir sama di Majlis tersebut ialah Pengerusi BLNG/MLL.

Selasa, 10 Mac 2009

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD SUSGT



13hb Rabiulawal 1430H / 10hb Mac 2009M, Berlangsungnya Majlis penutup Dikir Maulud bagi Sekolah Ugama Sungai Tali Lumut. Majlis disertai oleh Murid-murid Darjah II, III, IV, V dan semua Guru-guru SUSGT.

Ahad, 8 Mac 2009

PERARAKAN MAULIDURRASUL BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 1430H/2009M

12hb Rabiulawal 1430H/09hb Mac 2009, Sekolah Ugama Sg Tali Lumut menyertai perarakan maulidurrasul yang bertempat di Padang Bandaran Kuala Belait. Sekitar 50 Orang murid-murid SUSGT menyertai perarakan tersebut.
Murid-murid SUSGT dengan penuh tabah menunggu sehingga perarakan bermula.

Cikgu Md Amirul sedang mengawas peserta Maulud SUSGT, murid berkumpul di khemah disebabkan oleh keadaan Cuaca hujan.

Nombor pasukan SUSGT 34.. dan sebahagian dari murid-murid SUSGT yang menyertai
perarakan Maulidurrasul.

Murid-murid SUSGT bersama murid-murid Sekolah yang lain berkumpul di khemah disebabkan oleh keadaan Cuaca yang hujan.

12hb Rabiulawal 1430H/09hb Mac 2009, Sekolah Ugama Sg Tali Lumut menyertai perarakan maulidurrasul yang bertempat di Padang Bandaran Kuala Belait. Sekitar 50 Orang murid-murid SUSGT menyertai perarakan tersebut.

Sabtu, 7 Mac 2009

KEPALA PERARAKAN MAULUD BAGI SUSGT


Syukur Alhamdulillah, Selesailah kerja menulis ayat bagi spanduk perarakan Maulud Nabi pada tahun bagi pasukan SUSGT.

Khamis, 5 Mac 2009

PERSIAPAN PERARAKAN MAULIDURRASUL 1430H/2009M


Persiapan membuat spanduk bagi Sekolah Ugama Sg Tali Lumut yang mana akan menyertai perarakan Maulidurrasul pada 12hb Rabiulawal 1430H bersamaan 09hb Mac 2009.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MD AZAMI BIN MD NOOR


SUSGT, 3hb Mac 2009 berlangsungnya majlis perpisahan bagi Cikgu Awg Md Azami bin Awg Md Noor yang mana telahpun diarahkan bertukar tempat bertugas ke SR PSN PHMY Lorong 3 Selatan Seria pada 02hb Mac 2009. Di majlis tersebut secara kebetulan hadir Nazir Lawatan iaitu Ustaz Raduan bin Jamil.

Khamis, 12 Februari 2009

MEMBACA RATIB AL-ATTAS DI SUSGT

SUSGT, Khamis 12/02/2009. Majlis membaca Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Cikgu Md Amirul bin Jaman, Majlis berlangsung di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Sg Tali Lumut, ikut sama di dalam majlis itu ialah Guru Besar, guru-guru serta murid-murid Sekolah Ugama Sg Tali Lumut.

Selasa, 3 Februari 2009

KONGSISAMA KAEDAH PENGAJARAN TULISAN JAWI


SUSGT, 03hb Februari 2009. Sessi Kongsisama kaedah pengajaran tulisan jawi berlangsung pada jam 5.00 ptg, yang mana disampaikan oleh Cikgu Hj Abdul Rani bin Ismail, diharapkan dengan adanya sessi kongsisama ini akan memberikan manfaat yang amat berguna kepada Guru-guru dan murid-murid SUSGT.